Kerjaya Yusof Jusoh

Industrialized Building System

Industrialized Building System (IBS) ialah satu mekanisme pembangunan dimana komponen-komponen pembinaan dibina di dalam kawalan persekitaran, dan akan dipasang siap di tapak pembinaan. Antara projek-projek IBS yang telah dijalankan oleh Proven Holding ialah Projek Generasi Kedua Felda Palong, Negeri Sembilan dan Projek pangsapuri pelajar dan blok kedai pejabat di UniCiti Alam, Padang Besar, Perlis. Selain dari projek nasional, Proven Holding dibawah kepimpinan Dato' Yusof Jusoh telah berjaya menyiapkan satu projek pembangunan pusat membeli belah Titanium Square di Jakarta dan pangsapuri di Tangerang, Indonesia.[1]

Program CEO@Faculty

Dato' Yusof Jusoh merupakan salah seorang pegawai eksekutif yang telah terpilih oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk terlibat dalam program CEO@Faculty ini. Program ini bermatlamat mewujudkan jaringan kerjasama antara industri dan universiti di Malaysia dalam bidang keusahawan, pentadbiran dan penyelidikan. Dato' Yusof dilantik sebagai Professor Adjun oleh Universiti Malaysia Perlis, dan telah dijemput untuk memberi ceramah dan menganjurkan bengkel IBS untuk pelajar-pelajar UniMAP.[2]